Bilamana Allah menganugerahkan kepada kita akan nikmat Nabi Muhammad. Maka yang wajib kita lakukan sebagai hak Nabi Muhammad kepada kita. Mensyukuri nikmat tersebut kepada Allah dengan mengkaji mendalami sirahnya. Dengan mengetahui latar belakang Rasulullah agar supaya lahir di dalam hati ini kecintaan kepada baginda Rasulullah.
Kalau pepatah mengatakan bahawasanya tak kenal maka tak sayang. Bagaimana menyayangi seseorang kalau kita tak mengenalinya. Oleh sebab yang demikian, daripada awal lagi Nabi meletakkan kurikulum kepada orang tua. Agar supaya diajarkan dengan kurikulum Nabi Muhammad SAW di dalam rumah adalah diajarkan tentang sirah baginda Rasulullah.
Ajarkan kepada anak kamu tiga perkara. Yang pertama adalah mencintai Nabi kamu. Subhanallah! Baginda Rasulullah menyebutkan dalam hadis ini supaya mengajarkan kepada anak kamu cinta. Kalau begitu ada subjek namanya subjek cinta. .
Bagaimana ia ada subjek namanya cinta. Maksudnya adalah ajarkan kepada mereka tentang sirah Nabi Muhammad. Bukan hanya di ajarkan sirah dan sejarah sahaja. Akan tetapi tanamkan kepada anak anak kita melalui kajian sejarah dan sirah Nabi sampai timbul di dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
Maka demikian yang menjadi tanggungjawab bermula daripada rumah untuk mendidik kepada anak anak tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Yang kedua adalah cinta ahli keluarganya. Dan juga mengajarkan Quranul Karim terhadap mereka.
.
Ini adalah hak pertama Rasulullah. Adapun yang kedua, daripada Rasulullah. Al uswah yakni teladan bagi kita. Sungguh terdapat untuk kamu (wahai orang beriman) ya muslim ya mukmin, bagi kamu ada teladan dari Allah untuk kamu. Siapa teladan kita? Adakah orang yang datang daripada timur. Adakah orang yang datang daripada barat?
Mana mana orang yang diteladani perbuatannya, perkataannya, pakaiannya dan sikapnya. Akan berakhir dengan meninggalnya orang itu. Akan tetapi Rasulullah SAW diteladani segala gerak geri nya semasa hidupnya setelah wafatnya di kurunnya, setelah kurunnya sampai sekarang ini yang telah masuk kurun ke 15 daripada zamannya Nabi Muhammad SAW. Masih diulang dikaji disebut nama baginda Rasulullah SAW.
Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Comments
Post a Comment