Xiaomi Blackshark 2
Sejak kebelakangan ini,permintaan smartphone gaming semakin tinggi.Ini kerana mereka percaya bahawa,specs gaming dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada penggunanya walaupun harganya cukup tinggi.
Antara telefon pintar "high specs" yang dimaksudkan ialah BlackShark 2.Telefon ini menjadi sebutan dibibir pengguna gamers kerana mempunyai cip pemprosesan yang terkini iaitu Snapdragon 855.Ditambah pula pengstoran memori sehingga 256GB dan memori ram bermula 8GB hingga 12GB RAM sudah cukup untuk memberikan suatu pengalaman berharga kepada peminat tegar permainan atas talian seperti Pubg,PES dan Mobile Legends.
Model ini juga sangat baik untuk kegunaan sehariaan kerana disokong oleh bateri yang besar,'fast charging' dan juga sistem penyejuk.Baterinya sebesar 4000MAH cukup untuk menampung separuh hari kegunaan yang sederhana.Bagi telefon yang mempunyai bateri berkapasiti besar,'fast charging' sangatlah diperlukan untuk mengurangkan masa menunggu yang lama.
Harga bermula di antara RM2999 sehingga RM3299 untuk sebuah BlackShark asas.
Pengguna juga boleh dapatkan set kawalan kiri dan kanan di stor rasmi Xiaomi.
Ini adalah ringkasan kepada model ini.
Pengguna diingatkan untuk berfikir beberapa kali sebelum membuat keputusan membeli model ini kerana Screen nya yang amoled dan alat gantinya tidak banyak berada di pasaran Malaysia.Selain itu,model ini juga haruslah dijaga rapi untuk mengelakkan daripada retak atau pecah.
The Roy (Seller Online Smartphone)
wasap.my/601111108801



Comments
Post a Comment