Pelukis Janji
Semilir senja menyapa pelukis janji.
Yang leka dalam lembayung cahaya.
Termakan indahnya buana.
Diwatasi hijab tebal menutupi mata.
Janjinya tinggal janji.
Kerana dia tidak dibayar untuk setia.
Walau sedar ronta jasad dan nyawa.
Dihiris belati nafsu semata.
Masih terpalit khianat.
Di wajah penuh kekecewaan.
Kerana janji yang dibuat.
Tidak ditunaikan.
Walau bersarung darah biru.
Penaung negara.
Meskipun si gelandangan buta.
Amanah harus dipegang.
Janji harus ditunaikan.
July 20 | 2022pm
Writtenby; Azrulaffizi
Comments
Post a Comment