Asalamualaikum dan Hye to viewers, Hari ini saya nak kongsikan pengalaman menunggang motor ke Hatyai, Thailand secara solo.
Kenapa saya tergerak hati nak ke Thailand secara solo? Kerana saya dah ajak kawan-kawan semua sibuklah, tiada duitlah dan tak yakin dengan keadaan semasa motor mereka.
Saya ke sana dengan menaiki Honda 125cc Wave Ultimo.Perjalanan yang memakan masa hampir 18 Jam, bergerak pada pukul 7 pagi dan sampai di pintu sempadan pada pukul 12 pagi waktu Malaysian (11 malam waktu Thailand).
Perjalanan saya yang panjang ini, saya harus memastikan mental dan fizikal dalam keadaan baik, juga motor saya dalam kondisi terbaik.
Saya bersyukur pergi dan balik saya selamat, dan motor saya dalam keadaan baik.Perjalanan saya mengambil masa yang panjang kerana saya bawa perlahan untuk memastikan enjin saya tidak panas dan menjimatkan minyak.Saya hanya membelanjakan lebih kurang RM20 untuk sehala perjalanan, sangat menjimatkan!
Tujuan saya ke Negara Gajah Putih ini adalah untuk melihat kebesaran Tuhan, dan juga mencari tempat Muay Thai. Tapi di sini yang besarnya patung Buddha, ada yang baringlah bersila semua posisi ada.Tempat muay thai juga tidak banyak ada di sini kerana kawasan menfokuskan pertanian.
Di bawah saya sertakan beberapa gambar kenangan sepanjang perjalanan.
Welcome to Thailand, Sawadikap 🙏
Sempat mengunjungi kedai motor di Danok, untuk servis minyak hitam.Harga di sini pun murmur
Di Thailand ni banyak floating Market, tak busuk ke duduk kat sungai tu 🤭
University di Hatyai
Business school of Hatyai University
Kebanyakan kedai dan di mana-mana saja terpampar gambar Raja Thailand, hormat dan sayang sungguh!
Apa dia tulis daaa 😱
Masjid di Daerah Songkhla, agak kurang sikit infrastruktur nya.
Mata wang Thailand, bhat.. 10 bhat bersamaan 70 sen
Jalan-Jalan merayau di pekan Songkhla
Meninjau kawasan perkampungan
Selamat Tinggal Thailand, Selamat Datang ke Malaysia!









Comments
Post a Comment