Skip to main content

Pondok moden Al Ikhwan








Asalamualaikum dan Salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman memulakan kerja sebagai tenaga pengajar di Pondok Moden Al Ikhwan, Taman TAR, Ampang Jaya. 
Sebelum saya memulakan perkhidmatan di sini, saya pernah juga bekerja di sekolah tadika selepas SPM.

Saya memulakan perkhidmatan pada 7/1/2019, sebagai seorang guru akademik dan warden asrama. Tugas saya ialah untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam akademik, kerana kebanyakan sekolah tahfiz ini tidak memeningkan akademik.Atas inisiatif ini, saya korbankan masa bersama keluarga dengan tinggal bersama-sama pelajar sebagai warden memastikan disiplin mereka terjaga dan berakhlak mulia. 

Gambar bersama para pelajar yang terdiri dari usia 10-19 tahun. 

 Merasmikan bola sepak untuk para pelajar mengisi masa lapang. 

Inilah suasana pelajaran tingkatan 1,2,3 subjek bahasa Melayu

Pelajar yang bakal mengambil SPM tekun mengulangkaji pelajaran. 

Mendidik pelajar untuk mengeja huruf mesti kena sabar dan kuat. 

Sebahagian aktiviti sekolah iaitu kawad kaki setiap hari rabu untuk membentuk disiplin anak-anak murid. 

Sepanjang saya mendidik pelajar di sini bersama beberapa tenaga pengajar di sini, kami berasa gembira, kerana ada di antara pelajar kami sini banyak berubah akhlak dan tingkah laku nya, semoga Allah memberi kekuatan kepada kami untuk mendidik permata negara ini. 

Kepada mereka yang masih mencari tempat untuk hantar anak belajar di sekolah pondok berakademik bolehlah hubungi saya pada talian, 01111108801 (Cikgu Roy) 

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Migrasi Besar-Besaran Orang Cina ke Tanah Melayu

Sejarah Migrasi Besar-Besaran Orang Cina ke Tanah Melayu Pendidikan sejarah di negara kita masih boleh dilihat mempunyai banyak lompong-lompong kosong yang boleh diisi, kerana apabila dikaji dan dikaji dengan lebih mendalam lagi - wujud terlalu banyak fakta sejarah negara kita yang tidak dapat diceritakan secara terperinci dalam buku teks matapelajaran sejarah negara kita. Salah satu topik yang kerap kali dibangkitkan serta mampu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat kita, adalah sejarah migrasi kedatangan kaum India dan Cina ke Tanah Melayu yang mengubah pola masyarakat dan sistem sosial yang ada sebelum migrasi berlaku. sejarah kedatangan orang cina di malaysia Persoalan yang sering ditanya tetapi cukup takut untuk dibincangkan secara terbuka adalah berkenaan kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu - mengapa perkara ini berlaku dan apakah faktor yang menyebabkan jutaan warga China melarikan diri ke sini? Mari kita rungkaikan serba sedikit. Rekod kedat...

Blackshark 2

Xiaomi Blackshark 2 Sejak kebelakangan ini,permintaan smartphone gaming semakin tinggi.Ini kerana mereka percaya bahawa,specs gaming dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada penggunanya walaupun harganya cukup tinggi. Antara telefon pintar "high specs" yang dimaksudkan ialah BlackShark 2.Telefon ini menjadi sebutan dibibir pengguna gamers kerana mempunyai cip pemprosesan yang terkini iaitu Snapdragon 855.Ditambah pula pengstoran memori sehingga 256GB dan memori ram bermula 8GB hingga 12GB RAM sudah cukup untuk memberikan suatu pengalaman berharga kepada peminat tegar permainan atas talian seperti Pubg,PES dan Mobile Legends. Model ini juga sangat baik untuk kegunaan sehariaan kerana disokong oleh bateri yang besar,'fast charging' dan juga sistem penyejuk.Baterinya sebesar 4000MAH cukup untuk menampung separuh hari kegunaan yang sederhana.Bagi telefon yang mempunyai bateri berkapasiti besar,'fast charging' sangatlah diperlukan untuk mengu...

Jana pendapatan dengan mobileFix

Sejak akhir-akhir ini,teknologi telefon bimbit berkembang sangat pantas dan moden.Ramai syarikat gergasi teknologi yang dipelopori oleh Samsung,Iphone,Huawei dan Xiaomi tidak ketinggalan untuk berlumba-lumba merebut status dan kedudukan pada carta teratas telefon tercanggih untuk setiap tahum