Kucing saya
Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, saya ingin mengongsikan pengalaman membela berbelas ekor kucing di rumah.Okey jom baca perlahan-lahan 😁
Tidak semua orang, berpeluang untuk membela haiwan kesayangan mereka kerana halangan ibu bapa, kesihatan atau orang sekeliling.Saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang menyayangi kucing,lebih-lebih lagi ibu saya peminat tegar kucing.Membela kucing bukanlah satu perkara yang mudah kerana anda wajib menjaga hak haiwan peliharaan itu.
Antaranya ialah, najis nya hendaklah di bersihkan setiap hari.Ada sesetengah kucing yang membuang najis nya di merata tempat dan di halaman rumah.Sebaiknya kita didiklah kucing ini untuk membuang najis di tempat khas yang disediakan seperti pasir khas.Seterusnya, penyakit seperti kurap, virus dan selsema.Penyakit ini boleh merebak kepada haiwan lain dan juga manusia, jika tidak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan lebih kritikal.Kucing yang mengalami simptom seperti ini hendaklah di hantar ke klinik haiwan untuk memastikan penyakit ini tidak tular.Akhir sekali, ialah memberikan makanan dan tempat tinggal yang selesa.Setiap makhluk yang bernyawa hendaklah kita bertanggungjawab ke atasnya.Nabi Muhammad S.A.W juga meminati kucing kerana sifatnya yang mesra manusia dan jinak.Janganlah menzalimi haiwan kesayangan nabi ini dengan memukul, menyepak, mendera dan membunuhnya.Berikan makanan yang berkhasiat untuk supaya kucing anda bertambah comel dan bertenaga.
Inilah antara kucing kesayangan saya Adeq dan Betty.
Mereka sungguh romantik dan selalu bermanjaan.
Hasil perkahwinan mereka mendapat anak bernama Onet berbulu kelabu.
Sesungguhnya, Allah akan memberi balasan kepada mereka yang memelihara haiwan dengan baik.Semoga ketika kita di akhirat kelak, haiwan-haiwan ini membantu kita sewaktu dalam peliharaan kita.Insya Allah amin


Comments
Post a Comment