Masjid Jamek Pekan Kajang
Asalamualaikum warohmatullah, hari ini saya ingin berkongsi sebuah pengalaman dan sedikit perkongsian mengenai masjid Jamek Pekan Kajang.
Menurut penduduk tempat, masjid ini diasaskan pada tahun 1971,dan dirasmikan oleh Sultan pada tahun 1973.Sebelum masjid ini didirikan, tapak asalnya ialah di sekolah agama rendah sebelah Masjid.
Masjid ini boleh menampung lebih kurang 1 ribu orang dalam satu masa.Di dewan solat utama, boleh menampung hingga 500 orang dan dilengkapi penghawa dingin di setiap sudut.
Masjid ini juga aktif melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan belia.Masjid tidak hanya berfungsi untuk solat semata-mata, orang awam juga boleh bersarapan pagi di sini, menggunakan tandas yang selesa, berehat, menghadiri ceramah dan pelbagai program yang bermanfaat.
Suasana masjid yang menenangkan.
Ruang solat yang luas dan selesa.
Kebersihan sebahagian daripada agama.
Ruang yang menempatkan pejabat, tandas dan stor.
Ruang parkir yang luas dan selamat.





Comments
Post a Comment