Skip to main content

One championship

Pada hari Jumaat, 12 July 2019 saya telah menghadiri pertandingan One Championship di Axiata Arena, Bukit Jalil menggunakan ticket Super Fans yang didapati hanya di Gym saya.

Saya bertolak pada pukul 4.30 petang untuk memastikan datang awal, kerana pemegang ticket super fans hendaklah datang awal ke Arena kerana mereka akan masuk dahulu ke dalam stage dan kemudian pemegang ticket biasa. 

Saya dan kawan-kawan dari Gym Sampuri Ampang hadir ke sini, untuk memberikan sokongan kepada "Jordan Boy" Mohammad Bin Mahmood yang mewakili gym kami.Sokongan padu dari kami membuahkan hasil apabila Jordan Boy berjaya menewaskan Saiful Merican dari Merican gym dengan kemenangan mata. 

 Ticket Super Fans (Percuma) 


 Berkesempatan Berswafoto bersama atlet MMA dari Indonesia, Andrian. 



Sambutan dan sokongan yang meriah daripada penyokong. 

Alhamdulillah saya bersyukur kerana atlet Malaysia memenangi kesemua acara yang diadakan,terutamanya Jihin Radzuan yang memenangi acara MMA dengan kemenangan TKO pada pusingan pertama. 
Semoga acara ini setiap tahun dilakukan di Malaysia untuk menaikkan imej Malaysia di persada antarabangsa. 
Majulah sukan untuk negara! 

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Migrasi Besar-Besaran Orang Cina ke Tanah Melayu

Sejarah Migrasi Besar-Besaran Orang Cina ke Tanah Melayu Pendidikan sejarah di negara kita masih boleh dilihat mempunyai banyak lompong-lompong kosong yang boleh diisi, kerana apabila dikaji dan dikaji dengan lebih mendalam lagi - wujud terlalu banyak fakta sejarah negara kita yang tidak dapat diceritakan secara terperinci dalam buku teks matapelajaran sejarah negara kita. Salah satu topik yang kerap kali dibangkitkan serta mampu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat kita, adalah sejarah migrasi kedatangan kaum India dan Cina ke Tanah Melayu yang mengubah pola masyarakat dan sistem sosial yang ada sebelum migrasi berlaku. sejarah kedatangan orang cina di malaysia Persoalan yang sering ditanya tetapi cukup takut untuk dibincangkan secara terbuka adalah berkenaan kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu - mengapa perkara ini berlaku dan apakah faktor yang menyebabkan jutaan warga China melarikan diri ke sini? Mari kita rungkaikan serba sedikit. Rekod kedat...

Blackshark 2

Xiaomi Blackshark 2 Sejak kebelakangan ini,permintaan smartphone gaming semakin tinggi.Ini kerana mereka percaya bahawa,specs gaming dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada penggunanya walaupun harganya cukup tinggi. Antara telefon pintar "high specs" yang dimaksudkan ialah BlackShark 2.Telefon ini menjadi sebutan dibibir pengguna gamers kerana mempunyai cip pemprosesan yang terkini iaitu Snapdragon 855.Ditambah pula pengstoran memori sehingga 256GB dan memori ram bermula 8GB hingga 12GB RAM sudah cukup untuk memberikan suatu pengalaman berharga kepada peminat tegar permainan atas talian seperti Pubg,PES dan Mobile Legends. Model ini juga sangat baik untuk kegunaan sehariaan kerana disokong oleh bateri yang besar,'fast charging' dan juga sistem penyejuk.Baterinya sebesar 4000MAH cukup untuk menampung separuh hari kegunaan yang sederhana.Bagi telefon yang mempunyai bateri berkapasiti besar,'fast charging' sangatlah diperlukan untuk mengu...

Jana pendapatan dengan mobileFix

Sejak akhir-akhir ini,teknologi telefon bimbit berkembang sangat pantas dan moden.Ramai syarikat gergasi teknologi yang dipelopori oleh Samsung,Iphone,Huawei dan Xiaomi tidak ketinggalan untuk berlumba-lumba merebut status dan kedudukan pada carta teratas telefon tercanggih untuk setiap tahum