Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Orang ketiga

Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 keadaan manusia: 1. Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci. 2. Manusia yang sangat jarang ibadah, namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lembut dan cinta dengan sesama. Lalu Sang Guru Sufi menjawab: “Keduanya baik;” Boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yang sombong menemukan kesadaran tentang akhlaknya yang buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi pribadi yang baik lahir dan batinnya. Dan yang kedua bisa jadi sebab kebaikan hati-nya, Allah akan menurunkan hidayah lalu ia menjadi ahli ibadah yang juga memiliki kebaikan lahir dan batin. Kemudian orang tersebut bertanya lagi, “lalu siapa yang tidak baik kalau begitu…???” Sang Guru Sufi menjawab: “Yang tidak baik adalah kita, orang ketiga yang selalu mampu menilai orang lain, namun lalai dari menilai diri sendiri“. — Jalaludin Rumi —

Hak Nabi Muhammad SAW

Bilamana Allah menganugerahkan kepada kita akan nikmat Nabi Muhammad. Maka yang wajib kita lakukan sebagai hak Nabi Muhammad kepada kita. Mensyukuri nikmat tersebut kepada Allah dengan mengkaji mendalami sirahnya. Dengan mengetahui latar belakang Rasulullah agar supaya lahir di dalam hati ini kecintaan kepada baginda Rasulullah. Kalau pepatah mengatakan bahawasanya tak kenal maka tak sayang. Bagaimana menyayangi seseorang kalau kita tak mengenalinya. Oleh sebab yang demikian, daripada awal lagi Nabi meletakkan kurikulum kepada orang tua. Agar supaya diajarkan dengan kurikulum Nabi Muhammad SAW di dalam rumah adalah diajarkan tentang sirah baginda Rasulullah. Ajarkan kepada anak kamu tiga perkara. Yang pertama adalah mencintai Nabi kamu. Subhanallah! Baginda Rasulullah menyebutkan dalam hadis ini supaya mengajarkan kepada anak kamu cinta. Kalau begitu ada subjek namanya subjek cinta. . Bagaimana ia ada subjek namanya cinta. Maksudnya adalah ajarkan kepada mereka tentang sirah Nabi Mu...

Solat vs jaga solat

Perbezaan besar antara orang yang "solat" dan orang "jaga solat" . Orang yang SOLAT je biasanya dia takkan jaga solat. Dia solat suka hati bila nak, sama ada awal waktu atau melewatkan solat. Nak berjemaah atau sendirian, nak khusyuk atau khayal, dan sebagainya. Tapi orang yang JAGA SOLAT , dia akan jaga kualiti solat. Dari segi awal waktu, khusyuk, kefahaman, tempat solat, berjemaah, dan lain2. Sebab tu ramai yang merungut, "Kenapa aku masih buat maksiat dan dosa lagi ek? Kenapa aku masih dengar hiburan haram lagi? Bukan ke Allah kata kalau solat cegah dari kemungkaran? Aku dah solat dah..." Betul kita dah solat, tapi kita TAK JAGA SOLAT. Kalau solat kita tak jaga, macam mana solat nak "jaga" kita? ___

Beauty

Manusia hari ini seringkali mengeluh, tidak bersyukur. Hanya semata-mata ingin cantik di mata manusia. Rupa itu hanya menjadi ukuran di dunia sahaja. Allah tidak pandang kecantikan kita. Kerana apa ? Kecantikan itu bukanlah terletak pada wajah kita. Kecantikan yang sebenar itu terletak dihati kita. Beauty isn't about having a pretty face, It's about having pretty mind, a pretty heart and a pretty soul💓

Keterpaksaan

Bertudunglah walau Terpaksa. Solatlah walau Terpaksa. Puasalah walau Terpaksa. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya Terpaksa. Dari keterpaksaan itu, pelahan lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. ❤️

Puisi

Pelukis Janji Semilir senja menyapa pelukis janji. Yang leka dalam lembayung cahaya. Termakan indahnya buana. Diwatasi hijab tebal menutupi mata. Janjinya tinggal janji. Kerana dia tidak dibayar untuk setia. Walau sedar ronta jasad dan nyawa. Dihiris belati nafsu semata. Masih terpalit khianat. Di wajah penuh kekecewaan. Kerana janji yang dibuat. Tidak ditunaikan. Walau bersarung darah biru. Penaung negara. Meskipun si gelandangan buta. Amanah harus dipegang. Janji harus ditunaikan. July 20 | 2022pm Writtenby; Azrulaffizi

Rezeki

Kenapa aku tak dapat pekerjaan tu ? Kenapa aku tak lulus temuduga tu ? Kenapa aku tak dapat sambung study ? Kenapa aku tak dapat apa yang kawan aku dapat ? Kenapa semua yang aku nak , aku impikan semua tak dapat ? . Wahai sahabat , Tidak perlulah mengeluh dan terus menerus bertanya kenapa dan kenapa. . Wahai sahabat. Awak nak tahu? Kenapa Allah tak beri rezeki pada kejayaan awak? . Kenapa Allah tak izin awak dapat belajar ? Kenapa Allah tak izin awak kerja di situ ? lulus temuduga itu ? . Hanya ada SATU sebab sahaja. . Iaitu ; Kerana Allah Tahu kamu masih belum bersedia untuk dapatkan 'rezeki' itu. . Saya beri contoh , Awak mohon pekerjaan di satu syarikat. Awak nak sangat , tapi bila diselidik pekerjaan tu ada unsur² yg syariat agama kita larang. Jadi disitu Allah dah selamatkan awak. . Allah tahu kamu tak mampu untuk kerja disitu. Allah tahu apa akan jadi kalau kamu bekerja disitu. . Sebab itu Allah aturkan bahawa 'rezeki' awak bukan untu...

4 perkara perlu hindarkan

. Teruskan kamu kepada mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran sehingga 4 perkara ini terjadi; selamatkan diri dan keluarga kamu: . 1. Kalau melihat orang kedekut menjadi ikutan. . 2. Kalau kamu lihat hawa nafsu yang menjadi ikutan. . 3. Kalau kamu melihat ramai manusia mendahulukan dunia dari agama. Untuk mendapatkan dunia, apa sahaja dilakukan sehingga dilanggar syariat agama. . 4. Bila mana orang takjub dengan dirinya sendiri yakni orang yang merasa dirinya betul. . Bilamana 4 perkara ini terjadi, hendaklah kamu selamatkan diri sendiri dan orang yang dekat dengan kamu kerana bila 4 perkara ini berlaku, orang yang berpegang agama ibarat hendak pegang bara api. Namun 1 orang yang beramal di zaman fitnah ibarat 50 orang dari zaman sahabat. Ganjaran yang besar kerana zaman yang sangat mencabar. . Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Rezeki yang indah

Seindah-indah rezeki itu bukanlah rezeki harta, tetapi sesungguhnya seindah-indah rezeki itu ialah: 1. Roh yang tenang 2. Akal yang bercahaya (berilmu) 3. Jasad yang sihat 4. Hati yang suci 5. Fikiran yang selamat (benar) 6. Adanya panggilan suara ibu 7. Adanya kasih sayang ayah 8. Adanya adik-beradik 9. Adanya tawa anak 10. Adanya sahabat yg mengambil berat 11.Dan masih adanya panggilan drpd pencinta di jalan Allāh. Semoga Allāh سبحانه وتعالى mengurniakan kepada kita semua dengan rezeki-rezeki tersebut. آمين . - Al-'Ārif Billāh Al-Imām Asy-Sya'rāwī QaddasAllāhu Sirrahu. (Mesir) ________

4 tahap manusia

4 tingkatan manusia yang diharuskan untuk menjadi umat yang berguna. Jika engkau mampu mnjadi : 1. Alim Jika engkau tidak mampu mnjadi alim, maka jadilah, 2. Penuntut ilmu Jika engkau tidak mampu juga menuntut ilmu, maka jadilah, 3. Pendengar Majlis Ilmu dan jika engkau tidak mampu ketiga-tiganya, maka jadilah, 4. Pencinta Majlis Ilmu. Tetapi jika engkau tidak mampu melakukan semuanya, jangan engkau meninggalkan semuanya. (Al Habib Ali Zaenal Abidin) ___

Wasiat seorang Arif

"Wasiat Seorang Arif" 1. Peliharalah solat termasuk solat berjemaah berazamlah untuk  mengerjakannya mulai malam ini. 2. Peliharalah Solat Witir walaupun dengan tiga rakaat. 3. Peliharalah Solat Dhuha walaupun dengan dua rakaat. 4. Saling berhubunglah sesama kamu serta peliharalah hubungan dengan ahli keluarga kamu. 5. Perhatikanlah hak-hak jiran kamu. 6. Carilah keredhaan Allah melalui amalan-amalan ini; pengamalannya beserta dengan doa akan menyebabkan dijauhkan musibah dan bencana. 7. Jangan ada sebahagian harimu kosong tanpa sedekah, dan hendaklah sedekah itu diberi pada awal pagi kerana ia lebih baik dan lebih menjauhkan dari musibah dan bencana. 8. Mulakan tanggungjawab menebarkan kasih sayang dengan saling mengasihi sesama kita sehingga ia (cinta) tersebar (luas) di kalangan umat ini agar Allah mengumpulkan kembali hati-hati kita setelah terpisah. 9. Hendaklah kita memperbaharui taubat kita dengan benar dan jujur. (HabibanaAliAlhamid) _____

Cerminan hati

Hati adalah seperti cermin. Ia akan mewujudkan apa saja yang tersimpan di dalam hati seseorang. Jika hati seorang menyimpan perasaan yang bersih. Maka penampilan orang itu akan menarik perhatian orang lain kerana perilakunya yang terpuji. Kalau hatinya kotor, maka perilaku orang itu bagaikan asap yang gelap. Sehingga budi pekertinya selalu akan condong kepada keburukan. (Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Hafidz) . _______

Kebahagiaan hidup seorang mukmin

Tanda 'kebahagiaan  hidup' seorang mukmin: 1. Setiap ilmunya bertambah, bertambah tawadhu' dan kasih sayangnya. 2. Setiap amalnya bertambah, bertambah pula rasa takut dan berhati-hatinya. 3. Setiap kali umurnya bertambah, bertambah kuranglah ketamakan dan kerakusannya. 4. Setiap hartanya bertambah, bertambah kedermawanan dan pengorbanannya. 5. Setiap kali kedudukannya bertambah, bertambah pula kedekatannya kepada sesama manusia, memenuhi keperluan mereka dan rendah hati terhadap manusia. (Al-Fawaid, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah) __________

Nilai solat

"Jika kamu merendahkan nilai solat, apakah lagi yang memberikan kemuliaan pada dirimu? Sebagaimana nilai solat kamu, begitulah nilai hidupmu. Tidakkah kamu tahu bahawa solat digandingkan bersama Al-Falah (Kejayaan). Mana mungkin Allah memberikan kamu TAUFIQ, sedangkan kamu tidak menyahut panggilanNYA" (Imam Hassan Al-Basri Rahimahullah Taala)

Jaga Hak Allah

Jaga hak Allah maksudnya menjaga segala hukum agama dengan mengikut segala  perintah Allah dan meninggal segala larangan-Nya. . Antara yang paling besar adalah solat. Jaga solat. Walau sejahat mana kita ni, solatlah walau lambat. Solatlah walau masih belum sempurna. Solatlah walaupun rasa diri penuh jijik dosa. Solat itu tiang pada agama. Umpama satu tiang besar yang menyokong bahan lain untuk teguh berdiri. Jaga solat, kebaikan yang lain akan menyusul membentuk diri. Jaga solat, pasti kita akan hidup lebih baik. Allah jaga macam mana? Ada orang ingin buat jahat pada kita, Allah jaga. Kita nak buat dosa, Allah detikkan jangan buat. Kita berjalan di muka bumi, Allah jaga. Segalanya Allah ada bersama menjaga kita. “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan orang yang selalu membuat kebaikan.” (Surah al-Nahl, ayat 128) Cc : notahatihikayat

Doa mohon kemudahan

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً "Ya Allah, tiada kemudahan kecuali yg Engkau jadikan ianya mudah, dan yg Engkau jadikan kesedihan (kesusahan) itu jika Engkau kehendaki menjadi mudah." Apabila kita dalam kesusahan, mohon la pada Tuhan agar dpermudahkan segale urusan. In shaa Allah. Moge dipermudahkan segala urusan dunia Dan akhirat.

Samsung Galaxy S10

Samsung Galaxy S10 Asalamualaikum warohmatullah dan salam sejahtera, kepada Viewers!  Hari ini Roy ingin share sikit pasal Samsung Smartphone ni.Harap korang dapat sikit pengetahuan tentang model baru Samsung ini. Samsung S10 merupakan keluaran ke-10 tahun bagi model Galaxy ini. Melihat kepada 10 model kebelakang keluaran Galaxy ini, pastinya setiap tahun pastinya teknologinya semakin canggih. Samsung memang dikenali sebagai model yang amat mementingkan kualiti dan teknologi yang terkini untuk bersaing dengan model gergasi seperti Apple, Huawei dan Xiaomi.  Produk dari Korea Selatan ini, pastinya tidak mahu tewas dari segi penciptaan teknologinya, dan tidak menghampakan 'Samsung User'.  Kalini ini saya ingin membuat sedikit review mengenai model yang mencecah harga 5 ribu hengget ini 😵.  Melihat kepada saiznya yang boleh dikira besar, pastinya untuk memberi kepuasan kepada pengguna.Namun skrin besar ini kenalah hati-hati sikit, penjaga...

Kucing Saya

Kucing saya Asalamualaikum dan Selamat Sejahtera, saya ingin mengongsikan pengalaman membela berbelas ekor kucing di rumah.Okey jom baca perlahan-lahan 😁 Tidak semua orang, berpeluang untuk membela haiwan kesayangan mereka kerana halangan ibu bapa, kesihatan atau orang sekeliling.Saya bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang menyayangi kucing,lebih-lebih lagi ibu saya peminat tegar kucing.Membela kucing bukanlah satu perkara yang mudah kerana anda wajib menjaga hak haiwan peliharaan itu. Antaranya ialah, najis nya hendaklah di bersihkan setiap hari.Ada sesetengah kucing yang membuang najis nya di merata tempat dan di halaman rumah.Sebaiknya kita didiklah kucing ini untuk membuang najis di tempat khas yang disediakan seperti pasir khas.Seterusnya, penyakit seperti kurap, virus dan selsema.Penyakit ini boleh merebak kepada haiwan lain dan juga manusia, jika tidak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan lebih kritikal.Kucing yang mengalami simptom seperti ini hendaklah di han...

Masjid Jamek Pekan Kajang

 Masjid Jamek Pekan Kajang  Asalamualaikum warohmatullah, hari ini saya ingin berkongsi sebuah pengalaman dan sedikit perkongsian mengenai masjid Jamek Pekan Kajang. Menurut penduduk tempat, masjid ini diasaskan pada tahun 1971,dan dirasmikan oleh Sultan pada tahun 1973.Sebelum masjid ini didirikan, tapak asalnya ialah di sekolah agama rendah sebelah Masjid. Masjid ini boleh menampung lebih kurang 1 ribu orang dalam satu masa.Di dewan solat utama, boleh menampung hingga 500 orang dan dilengkapi penghawa dingin di setiap sudut. Masjid ini juga aktif melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan belia.Masjid tidak hanya berfungsi untuk solat semata-mata, orang awam juga boleh bersarapan pagi di sini, menggunakan tandas yang selesa, berehat, menghadiri ceramah dan pelbagai program yang bermanfaat. Suasana masjid yang menenangkan.  Ruang solat yang luas dan selesa.  Kebersihan sebahagian daripada agama.  Ruang yang me...

Blackshark 2

Xiaomi Blackshark 2 Sejak kebelakangan ini,permintaan smartphone gaming semakin tinggi.Ini kerana mereka percaya bahawa,specs gaming dapat memberikan kepuasan yang maksimum kepada penggunanya walaupun harganya cukup tinggi. Antara telefon pintar "high specs" yang dimaksudkan ialah BlackShark 2.Telefon ini menjadi sebutan dibibir pengguna gamers kerana mempunyai cip pemprosesan yang terkini iaitu Snapdragon 855.Ditambah pula pengstoran memori sehingga 256GB dan memori ram bermula 8GB hingga 12GB RAM sudah cukup untuk memberikan suatu pengalaman berharga kepada peminat tegar permainan atas talian seperti Pubg,PES dan Mobile Legends. Model ini juga sangat baik untuk kegunaan sehariaan kerana disokong oleh bateri yang besar,'fast charging' dan juga sistem penyejuk.Baterinya sebesar 4000MAH cukup untuk menampung separuh hari kegunaan yang sederhana.Bagi telefon yang mempunyai bateri berkapasiti besar,'fast charging' sangatlah diperlukan untuk mengu...

Sejarah Migrasi Besar-Besaran Orang Cina ke Tanah Melayu

Sejarah Migrasi Besar-Besaran Orang Cina ke Tanah Melayu Pendidikan sejarah di negara kita masih boleh dilihat mempunyai banyak lompong-lompong kosong yang boleh diisi, kerana apabila dikaji dan dikaji dengan lebih mendalam lagi - wujud terlalu banyak fakta sejarah negara kita yang tidak dapat diceritakan secara terperinci dalam buku teks matapelajaran sejarah negara kita. Salah satu topik yang kerap kali dibangkitkan serta mampu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat kita, adalah sejarah migrasi kedatangan kaum India dan Cina ke Tanah Melayu yang mengubah pola masyarakat dan sistem sosial yang ada sebelum migrasi berlaku. sejarah kedatangan orang cina di malaysia Persoalan yang sering ditanya tetapi cukup takut untuk dibincangkan secara terbuka adalah berkenaan kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu - mengapa perkara ini berlaku dan apakah faktor yang menyebabkan jutaan warga China melarikan diri ke sini? Mari kita rungkaikan serba sedikit. Rekod kedat...

Pengalaman berniaga Di Bazar Ramadan 2018

P engalaman berniaga di Bazar Ramadhan 2018 Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada viewers, Hari ini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman berniaga di Bazaar ramadhan.Saya memulakan perniagaan di Bazaar ramadhan pada usia 21 tahun dengan menjual roti John pada tahun 2017,dan 2018 pula menjual air jagung di bazar ramadhan Taman Delima, Kajang, Selangor.  Pelbagai pengalaman dan ilmu saya pelajari dalam perniagaan tepi jalan ini.Antaranya ialah kekuatan fizikal dan mental berniaga pada bulan ramadhan.Berniaga di jalanan ini bukan suatu kerja yang mudah, ditambah dengan cuaca tak menentu, dengan lapar dahaganya lagi dan emosi.Semua ini perlu dihadapi tabah dan sabar.  Antara musibah yang saya hadapi 😁 masih boleh senyum taw Inilah gerai saya dulu, alhamdulillah selalu habis hee 😄 Naik turun perniagaan 😎 Jadi kepada mereka yang teringin nak niaga tepi jalan atau pasar malam tu, rasa-rasa boleh tak? Rugi itu biasa, tetapi Putus asa itu l...

PUBG

Sejak akhir-akhir ini pengaruh permainan dalam talian Playerunknown's Battleground makin menjadi-jadi, sehingga beberapa negara mengharamkan permainan ini atas beberapa sebab.Namun,di Malaysia keadaan masih lagi terkawal.  Saya memulakan permainan ini pada awal tahun lepas kerana saya meminati permainan strategi dan peperangan.Permainan ini mengasah minat kita untuk setiakawan dalam perjuangan dan disiplin mendengar kata ketua.Pemain juga boleh mendapatkan permainan ini di Apps store atau Playstore, manakala untuk PC boleh menggunakan emulator secara percuma dan RM70+- di Steam.com. Papan muka setiap kali membuka permainan Setiap pejuang akan turun dari kapal terbang untuk menuju ke lokasi yang dipilih.  Ini adalah impian setiap pejuang 😍 Graphic nya yang lawa dan kelihatan 'real' berjaya menarik minat ramai orang.  Prone di rumput adalah satu strategi yang baik untuk ambush atau silent sniper di cerun bukit.  Kotak 'Drop...

Hatyai Solo Ride

Asalamualaikum dan Hye to viewers, Hari ini saya nak kongsikan pengalaman menunggang motor ke Hatyai, Thailand secara solo.  Kenapa saya tergerak hati nak ke Thailand secara solo? Kerana saya dah ajak kawan-kawan semua sibuklah, tiada duitlah dan tak yakin dengan keadaan semasa motor mereka.  Saya ke sana dengan menaiki Honda 125cc Wave Ultimo.Perjalanan yang memakan masa hampir 18 Jam, bergerak pada pukul 7 pagi dan sampai di pintu sempadan pada pukul 12 pagi waktu Malaysian (11 malam waktu Thailand).  Perjalanan saya yang panjang ini, saya harus memastikan mental dan fizikal dalam keadaan baik, juga motor saya dalam kondisi terbaik.  Saya bersyukur pergi dan balik saya selamat, dan motor saya dalam keadaan baik.Perjalanan saya mengambil masa yang panjang kerana saya bawa perlahan untuk memastikan enjin saya tidak panas dan menjimatkan minyak.Saya hanya membelanjakan lebih kurang RM20 untuk sehala perjalanan, sangat menjimatkan!  Tuju...

One championship

Pada hari Jumaat, 12 July 2019 saya telah menghadiri pertandingan One Championship di Axiata Arena, Bukit Jalil menggunakan ticket Super Fans yang didapati hanya di Gym saya. Saya bertolak pada pukul 4.30 petang untuk memastikan datang awal, kerana pemegang ticket super fans hendaklah datang awal ke Arena kerana mereka akan masuk dahulu ke dalam stage dan kemudian pemegang ticket biasa.  Saya dan kawan-kawan dari Gym Sampuri Ampang hadir ke sini, untuk memberikan sokongan kepada "Jordan Boy" Mohammad Bin Mahmood yang mewakili gym kami.Sokongan padu dari kami membuahkan hasil apabila Jordan Boy berjaya menewaskan Saiful Merican dari Merican gym dengan kemenangan mata.   Ticket Super Fans (Percuma)   Berkesempatan Berswafoto bersama atlet MMA dari Indonesia, Andrian.  Sambutan dan sokongan yang meriah daripada penyokong.  Alhamdulillah saya bersyukur kerana atlet Malaysia memenangi kesemua acara yang diadakan,terutama...

Pondok moden Al Ikhwan

Asalamualaikum dan Salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi pengalaman memulakan kerja sebagai tenaga pengajar di Pondok Moden Al Ikhwan, Taman TAR, Ampang Jaya.  Sebelum saya memulakan perkhidmatan di sini, saya pernah juga bekerja di sekolah tadika selepas SPM. Saya memulakan perkhidmatan pada 7/1/2019, sebagai seorang guru akademik dan warden asrama. Tugas saya ialah untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan dalam akademik, kerana kebanyakan sekolah tahfiz ini tidak memeningkan akademik.Atas inisiatif ini, saya korbankan masa bersama keluarga dengan tinggal bersama-sama pelajar sebagai warden memastikan disiplin mereka terjaga dan berakhlak mulia.  Gambar bersama para pelajar yang terdiri dari usia 10-19 tahun.   Merasmikan bola sepak untuk para pelajar mengisi masa lapang.  Inilah suasana pelajaran tingkatan 1,2,3 subjek bahasa Melayu Pelajar yang bakal mengambil SPM tekun mengulangkaji pelajaran.  ...